ISLAMIK

MasyaAllah!! Lakukan 1 Minit Sahaja Setiap Pagi, Raih Pahala Bergunung-ganang, Diampunkan Dosa 70 Tahun Dan Mendapat Istana Di Syurga.

MasyaAllah!! Lakukan 1 Minit Sahaja Setiap Pagi, Raih Pahala Bergunung-ganang, Diampunkan Dosa 70 Tahun Dan Mendapat Istana Di Syurga.

MasyaAllah.. Hanya 1 Minit Sahaja Kita Boleh Raih Pahala Bergunung-gunung Dan Istana Di Syurga

Apa yang boleh Anda lakukan dalam waktu 1 minit? Waktu 1 minit seringkali dianggap kecil, padahal dengan 1 minit tersebut, Anda boleh mendapat pahala yang bergunung-gunung. Tidak hanya ampunan Allah, karena kita boleh mendapat harta karunnya syurga bahkan sampai dibangunkan istana di syurga..

Masya Allah, mungkin sebagian dari Anda tidak percaya, tapi itulah kenyataannya. Amalan yang sangat ringan dan mudah dilakukan oleh siapa saja, bila-bila masa saja dan dimana saja selama kita hidup. Kira-kira apa sajakah amalan 1 minit tersebut?

Agar lebih jelasnya, ini amalan 1 minit yang membuat Anda mendapatkan pahala yang bergunung-gunung bahkan harta karunnya syurga, berikut ini :

Dengan 1 minit, kita boleh mendapatkan ampunan dosa sebanyak 70 tahun
Dalam 1 minit, kita bisa beristighfar pada Allah 100 kali. Tahukah Anda jika istighfar 1 kali saja kita boleh mendapatkan ampunan kita 70 tahun. Bagimana jika kita membacanya 100 kali? Betapa balasan Allah akan membersihkan kita dari dosa selama hidup kita.

Dalam 1 minit kita boleh memberatkan timbangan amal dan dicintai Allah

Dalam 1 minit saja, kita boleh memberatkan timbangan amal kita di akhirat dan cintai oleh Allah, yakni dengan mengucapkan “Subhanallah wa bi hamdih, subhanallahil ‘azhim”. Dalam 1 minit, kira-kira Anda boleh melafazkan 40 kali, yang ertinya Anda boleh dapat timbangan amal dan cintanya Allah. Dari Abu Hurairah, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda, “Dua kalimat yang ringan di lisan, namun berat ditimbangan, dan disukai Ar Rahman yaitu “Subhanallah wa bi hamdih, subhanallahil ‘azhim” (Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya. Maha Suci Allah Yang Maha Agung). (HR. Bukhari no. 6682 dan Muslim no. 2694)

Dalam 1 minit kita boleh mendapat harta karunnya syurga

Dalam 1 minit, kita juga boleh mendapat harta karunnya syurga, caranya dengan mengucapkan : La haula walaa quwwata illa billah. Dalam 1 minit, Anda boleh mengucapkan kalimah mulia tersebut kurang lebihnya 30-40 kali, boleh dibayangkan berapa banyak harta karun di syurga yang boleh Anda inginkan kelak? Kata Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pada ‘Abdullah bin Qois, “Wahai ‘Abdullah bin Qois, katakanlah ‘laa hawla wa laa quwwata illa billah’, karena ia merupakan simpanan pahala berharga di surga” (HR. Bukhari no. 7386)

Dengan 1 minit kita boleh mendapatkan yang lebih baik dari dunia dan seluruh isinya

Dalam 1 minit saja, Anda boleh mendapatkan apa yang lebih baik daripada dunia dan seluruh isinya, caranya dengan mengucapkan dzikir : Subhanallah walhamdulillah wala Ilaha Illallahu Allahu Akbar. Dalam 1 minit, kira-kira Anda boleh mengucapkannya sekitar 20-40 kali. Dari Abu Hurairah, dia berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: ‘Sesungguhnya membaca “subhanallah walhamdulillah wa laa ilaha illallah wallahu akbar (Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada sesembahan yang berhak disembah selain Allah, dan Allah Maha Besar)” adalah lebih aku cintai daripada segala sesuatu yang terkena sinar matahari.” (HR. Muslim no. 2695)

Dalam 1 minit saja Anda boleh mengundang rahmatnya Allah ratusan kali

Tahukah Anda jika dalam 1 minit saja Anda boleh mengundang rahmatnya Allah ratusan kali, caranya adalah dengan mengucapkan “Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad. Dengan bershalawat 1 kali, maka Allah akan memberi salam pad akita 10 kali, yang artinya tambahan rahmat, berkat hidupnya, mudah rezekinya dan dimudahkan urusannya. Jika dalam 1 minit kita bisa mengucapkan 10 kali, maka kita akan mendapat balasan 100 kali dan seterusnya. Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,“Barangsiapa yang bershalawat kepadaku sekali, maka Allah akan bershalawat kepadanya sepuluh kali.” (HR. Muslim no. 408)

Dalam 1 minit kita boleh mendapatkan istana di surga

Tahukah Anda jika dengan membaca surat Al Ikhlas 10 kali sehari akan membuat Anda dibangunkan istana di surga. Dari Mu’adz bin Anas Al-Juhaniy radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Siapa yang membaca qul huwallahu ahad sampai ia merampungkannya (surat Al-Ikhlas, pen.) sebanyak sepuluh kali, maka akan dibangunkan baginya rumah di surga.” (HR. Ahmad, 3: 437)

Betapa berartinya waktu 1 minit, karena itu jangan pernah sia-siakan waktu Anda hanya untuk melakukan hal yang tidak bermanfaat. Sayang sekali jika kesempatan untuk mendapatkan amalan yang bergunung-gunung harus terlewatkan begitu saja setiap harinya. Ingat! Ini kesempatan emas, karena itu mari kita perbanyak yang kita boleh dapat di akhirat. Semoga Allah mudahkan kita untuk istiqamah.

Sumber: nnews

Zikir-Zikir Ringkas Selepas Solat Fardhu Mengikut Hadis Sahih.

Zikir merupakan satu amalan yang amat dituntut dalam Islam, kerana wirid dan zikir merupakan penenang jiwa yang paling mujarab sekali.

Terdapat beberapa amalan dan bacaan-bacaan yang sunat diamalkan sebaik sahaja selesai menunaikan solat fardhu berdasarkan kepada hadis-hadis Nabi s.a.w.

# Zikir Pertama :

أَسْتَغْفِرُ الله َ(ثلاث) اَللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ، وَمِنْكَ السَّلاَمُ، تَبَارَكْتَ يَا ذَا الْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

Maksudnya : “Aku minta ampun kepada Allah,” (dibaca tiga kali). Kemudian baca: “Ya Allah, Engkaulah pemberi keselamatan, dan dari-Mu keselamatan, Maha Suci Engkau, wahai Tuhan Yang Memiliki Keagungan dan Kemuliaan.” (Hadis Riwayat Muslim, 3/254, no. 931)

# Zikir Kedua :

لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرُ، اَللَّهُمَّ لاَ مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ، وَلاَ مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ، وَلاَ يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ

Maksudnya : “Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya puji dan bagi-Nya kerajaan. Dia Maha Kuasa atas se-gala sesuatu. Ya Allah, tidak ada yang menghalang apa yang Engkau berikan dan tidak ada yang memberi apa yang Engkau cegah. Tidak berguna kekayaan dan kemuliaan itu bagi pemiliknya (selain iman dan amal sholehnya). Hanya dari-Mu kekayaan dan kemuliaan.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 3/348, no. 799 dan Muslim, 3/256, no. 933. at-Tirmidzi, 2/4, no. 275)

# Zikir Ketiga :

لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرُ. لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ، لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ، وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ، لَهُ النِّعْمَةُ وَلَهُ الْفَضْلُ وَلَهُ الثَّنَاءُ الْحَسَنُ، لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ

Maksudnya : “Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah, Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan pujaan. Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Tidak ada daya dan kekuatan kecuali (dengan pertolongan) Allah. Tiada Tuhan (yang hak disembah) kecuali Allah. Kami tidak menyembah kecuali kepada-Nya. Bagi-Nya nikmat, anugerah dan pujaan yang baik. Tiada Tuhan (yang hak disembah) kecuali Allah, dengan memurnikan ibadah kepada-Nya, sekalipun orang-orang kafir membenci.” (Hadis Riwayat Muslim, 3/258, no. 935)

# Zikir Keempat :

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda maksudnya : “Sesiapa yang membaca kalimat berikut di setiap selesai solat,

سُبْحَانَ اللهِ(33 ×) وَالْحَمْدُ لِلَّهِ (33 ×)وَاللهُ أَكْبَرُ (33 ×) لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرُ

“Maha Suci Allah (33 x), segala puji bagi Allah (33 x) . dan Allah Maha Besar. (33 x) , Tidak ada Tuhan (yang hak disembah) kecuali Allah Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan. Bagi-Nya pujaan. Dia-lah Yang Mahakuasa atas segala sesuatu.”

… maka akan diampuni kesalahannya, sekalipun seperti buih di laut.” (Hadis Riwayat Muslim, 3/262, no. 939. Dalam riwayat al-Bukhari disebutkan bertasbih (Subhanallah) 10x, Tahmid (Alhamdulillah) 10x, dan Takbir (Allahu Akbar) 10x. Kedua-duanya sahih daripada Nabi dan boleh dipilih yang mana sahaja untuk dibaca)

# Zikir Kelima :

Membaca surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Naas setiap kali selesai solat (fardu) :

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ (١) اللَّهُ الصَّمَدُ (٢) لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ (٣) وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ

قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ (١) مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ (٢) وَمِنْ شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ (٣) وَمِنْ شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ (٤) وَمِنْ شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ

قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ (١) مَلِكِ النَّاسِ (٢) إِلَهِ النَّاسِ (٣) مِنْ شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ (٤) الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ (٥) مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاس

(Hadis Riwayat Abu Dawud, 2/86, an-Nasai 3/68. Lihat pula Sohih Sunan at-Tirmidzi, 2/8. Kumpulan ketiga-tiga surah ini dinamakan al-mu’awidzat – lihat Fathul Baari Syarah Sohih al-Bukhari, 9/62)

# Zikir Keenam :

Membaca ayat Kursi (ayat ke 255 dari surah al-Baqarah) setiap kali selesai solat (fardu):

اللَّهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلا نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلا بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلا بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ وَلا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

Maksudnya : “Sesiapa membacanya setiap selesai solat, tidak yang menghalanginya masuk Syurga selain mati.” (Hadis Riwayat an-Nasa’i dalam Amalul Yaum wal-Lailah No. 100 dan Ibnus Sunni no. 121, dinyatakan sahih oleh al-Albani dalam Shohih al-Jami’, 5/329 dan Silsilah Hadis Shohih, 2/697 no. 972)

# Zikir Ketujuh :

لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرُ. 10× بعد صلاة المغرب والصبح

Maksudnya : “Tiada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan, bagi-Nya segala puja. Dia-lah yang menghidupkan (orang yang sudah mati atau memberi roh janin yang akan dilahirkan) dan yang mematikan. Dia-lah Yang Mahakuasa atas segala sesuatu.”

Dibaca sepuluh kali setiap sesudah solat Maghrib dan Subuh. (Hadis Riwayat at-Tirmidzi 11/377,no. 3396. Beliau berkata: Hadis ini hasan ghoreeb Sahih)

sumber: adamhawa

Facebook Comments

Leave a Comment