KELUARGA

Ramai Terlanjur Pregnant Terus Nak Kawin Sebab Anak Boleh Letak Bin Binti. Tapi Ramai Tak Perasan Hukum Lepas Tu.

Saya sangat berharap para admin dapat post isu ini, kerana semakin banyak saya baca confession berkaitan dengan ZIINA dan ANAK TAK SAH TARAF, KAHWIN SEBAB NAK TUTUP MALU. Mungkin ramai yang alpa, atau tidak mengambil berat dan mengambil tahu tentang hal ini. Atau buat tak endah dengan isu semasa dan sekeliling.

Ramai yang terlannjur, mengandung, dan cepat² nak bernikah dengan niat, bawah 3 bulan pregnant, boleh berbin/bintikan si pelaku. Mak bapak penziina pun sebab nak tutup mulut orang kampung, keluarga, sahabat handai, cepat² kahwin kan anak. TAPI lupa nak study bab² hukum hakam nasab keturunan. Asal dah lepas kahwin, fuhhh lega selamat dunia akhirat.

Ramai yang kurang prihatin isu berbin/bintikan anak yang lahir 6 bulan dari tempoh perkahwinan. Itu bab JPN. Siapa yang rajin membaca dan mengikuti isu semasa, hal ini telah diperkatakan di Mahkamah Rayuan pada Julai 2017. Atas kekeliruan para penziina yang taksub nak berbin/bintikan anak sampai lupa bab nasab dan keturunan.

Tahu tak yang JPN dan Majlis Fatwa Kebangsaan bercanggah? Dan jadi perdebatan antara mufti. Tapi Majlis Fatwa Kebangsaan menegaskan, kita mengikut Mazhab Syafie. Yang membenarkan perkahwinan semasa mengandung, TETAPI anak tersebut tidak boleh dinasabkan kepada si bapa dunia dan akhirat, kerana anak itu dihasilkan di luar akad. Tak kisah lah masa kahwin tu mengandung 3 minggu sekalipun, tetap ANAK TIDAK SAH TARAF.

Apa jadi kalau ketaksuban ibu bapa kahwin secepat mungkin supaya anak berbin/bintikan si bapa dengan nasab dan keturunan serta masa depan? Bila ibu bapa ingat dah kahwin, dah selesai masalah, dah boleh jadi wali. Kalau anak itu perempuan, tanpa ilmu, bapanya mewalikan anak itu semasa nikah, maka dikira BERZIINA lah satu keturunan selagi tidak dipisahkan dan di nikahkan semula anak itu dengan wali hakim.

Dan jika anak itu lelaki, buatnya ibu bapa meninggal dunia TANPA SEMPAT meninggalkan pesan yang dia merupakan anak tak sah taraf, dengan tanpa rasa ragu dia mewalikan saudara perempuan seibu sebapanya. Maka juga di kira berziina lah satu keturunan jika tak dipisahkan dan dinikahkan semula. Taraf si bapa kepada anak hanyalah seperti BAPA TIRI.

Disebabkan percanggahan isu boleh berbin/binti kan si bapa (JPN) dengan Majlis Fatwa Kebangsaan yang menegaskan anak tetap tidak sah taraf, yang menjadi mangsa kekeliruan adalah rakyat yang kurang ilmu dan malas membaca lagi malas merujuk ke Pejabat Agama lantas membuat hukum sendiri. Ada 2 isu yang terjadi dalam kalangan kenalan saya yang saya harap dapat membuka mata pembaca;

Seorang kenalan saya berkahwin dengan isteri nya semasa isteri nya mengandung 8 minggu. Anak yang dilahirkan itu lelaki. Berbin kan si bapa, seperti yang mengikut undang² JPN, bayi lahir lebih 6 bulan boleh berbin dan berbintikan si bapa. ( Siapa yang nak jujur masa register anak kata dah mengandung dulu baru kahwin? Takkan punya. Kalau jujur, JPN takkan benarkan berbin/bintikan si bapa ).

Isu bermula apabila penceraian berlaku 5 tahun kemudian ( Masa si anak sudah berusia lebih kurang 5 tahun ). Apa isu nya? Isu hak penjagaan anak. Apa yang terjadi dalam kandang mahkamah? Bila si ibu membuka segala bukti sahih dan mempertontonkan dalam sidang mahkamah di depan hakim, bahawa dia terlebih dahulu mengandung sebelum bernikah dengan si bapa kepada anak.

Keputusan Hakim? Hak penjagaan sepenuhnya oleh si ibu kerana anak itu merupakan ANAK TIDAK SAH TARAF dan TIDAK BOLEH BERNASABKAN BAPANYA dunia dan akhirat serta perlu menukarkan bin anak itu di JPN secepat mungkin supaya tidak berlaku kekeliruan yang lebih panjang bila anak itu meningkat dewasa.

Seorang kenalan suami berkahwin dengan seorang wanita di Thailand kerana wanita itu telah mengandung sebulan. Balik Malaysia, proses pendaftaran berjalan seperti biasa. Anak yang dilahirkan adalah perempuan dan berbintikan si bapa. Isu terjadi apabila anak perempuan itu meningkat dewasa dan ingin berkahwin. Apa ibu dan bapa itu buat? Nasib baik ibu bapa tu rujuk semula ke pejabat agama dan orang yang lebih arif, mengaku akan kesilapan lampau. Pejabat agama memutuskan, si bapa TIDAK BOLEH mewalikan anak nya dan perlu menggunakan wali hakim.

Kedua-dua kes di atas, anak² itu berbin/bintikan si bapa. Namun tetap tidak boleh bernasabkan si bapa. Saya puji sikap bertanggungjawab pasangan² yang bernikah dan bertanggungjawab walaupun dah mengandung. Sekurang² nya tidaklah di buang anak tu. Tapi perlu juga ambil tahu bab² hukum, nasab dan keturunan. Cuba bayangkan, berapa ramai dah bapa yang mewalikan anak tak sah taraf tu, dan keturunannya bercambah? Nauzubillah.

Kita doakan semoga lebih ramai yang prihatin dan keturunan kita di jauh kan dari semua ini. Kadang² mak ayah dah sekat, ilmu agama dah bagi, ada juga anak yang terkandas. Dunia makin maju makin susah nak bendung. Maaf mengulas isu dengan lebih panjang. Sebab rasa sedih, kaum ku, bangsa ku, agama ku, dah terlalu ramai berkahwin kerana mengandung tanpa hirau hukum, nasab dan keturunan. Terima kasih admin.

Sumber :beritakopak.org

Leave a Comment