HIBURAN

Lelaki Ini Menyimpan “RM60,000 Duit Syiling” Di Bank! Setelah Dikira, Duit Tersebut Kurang RM12, “Kata-kata” Lelaki Ini Membuatkan Staf Bank Lega!

Terdapat seorang lelaki bernama Wang yang terlibat dalam perniagaan penjualan dari rumah ke rumah. Pada suatu hari, dia tiba-tiba membawa duit syiling 100,000 yuan (kira-kira RM60,000) ke bank untuk menyimpannya.

Pekerja bank tidak percaya bahawa dia sedang melihat duit syiling yang begitu banyak yang telah dibawa oleh Wang. Ternyata semua duit syiling ini adalah hasil jualan Wang sebagai penjual dari rumah ke rumah selama setahun.

Disebabkan dia tidak mempunyai tempat yang bagus untuk disimpan di rumah dan juga tidak ingin membelanjakan duit syiling tersebut, dia membawanya ke bank untuk menyimpannya.

Oleh itu, bank dengan tidak membuang masa memanggil 20 orang staf dan menggunakan sebuah mesin pengira duit syiling untuk mengira duit syiling tersebut.

Selepas 5 jam, duit syiling itu pun telah habis dikira. Akhirnya, mereka mendapati terdapat kekurangan sebanyak 20 yuan (kira-kira dalam RM12).

Apabila Wang mendengar bahawa duit syiling itu kurang, dia terkejut dan berkata bahawa mustahil. Wang ini disimpan secara berasingan dengan jumlah yang betul, jadi bagaimana ia boleh kurang?

Apabila pekerja bank mendengarnya, mereka segera berkata bahawa mereka benar-benar telah mengira dengan teliti dan memang kekurangan 20 yuan, adakah duit syiling ini perlu dikira semula?

Wang tersenyum dan berkata bahawa tidak ada keperluan untuk mengira semula, kurang hanya 20 yuan, relakan saja, akan menyusahkan pihak bank sekiranya dikira semula!

Wow, korang mampu ke nak menyimpan duit syiling sebegini banyak?

sumber

Leave a Comment