HIBURAN

Isteri minta Aliff Syukri tak keluar TV, “Pindah kampung bela kambing jaga ayam itik lagi bagus!”

PETALING JAYA: Isteri kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid kesal dengan tindakan orang ramai terus mengecam suaminya, susulan komen yang dianggap menghina penonton di konsert Gegar Vaganza musim kelima (GV5), Ahad lalu.

Nur Shahida bagaimanapun mengakui Aliff yang merupakan penaja utama konsert GV5 sering ‘terlepas cakap’ semasa bersiaran langsung.

“I dah cakap dengan you tak perlu keluar TV sebab tak semua faham cara you cakap sebab you suka terlepas @aliffsyukriterlajaklaris. Tak pasal banyak betul orang yang ‘sekolahkan’ (kritik) you hari ni, Datuk, Dr lah,chef lah, artis semua adalah.

“Yang kenal tau lah, yang tak kenal macam-macam ayat mereka keluar sampai semua perkataan maki hamun dah keluar sampai mereka pun tak tahu nak maki apa dah,” katanya menerusi luahan di laman Instagram miliknya, Isnin.

Luahan Nur Shahida di laman sosial Instagram.

Menerusi konsert GV pada Ahad lalu, Aliff yang merupakan pengasas produk D’Herbs diberi kesempatan oleh produksi untuk mempromosikan produk pemutihnya.

Tetapi dia membangkitkan kemarahan netizen, apabila mengeluarkan komen dianggap keterlaluan antaranya ‘berwajah hodoh dan bomoh’ terhadap seorang penonton.

Bagaimanapun, Aliff sudah membuat permohanan maaf ketika konsert itu bersiaran langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Sehubungan itu, Nur Shahida menasihatkan Aliff supaya tidak menghadirkan diri ke konsert GV, meskipun suaminya telah pun membuat permohonan maaf semasa konsert bersiaran langsung pada Ahad.

“Jika you pergi juga, anggap saja cari gaduh dengan I. Biar orang yang pandai sangat kutuk tu promote (promosi). Kita ni tak educated (berpelajaran). Dah minta maaf dah pun semalam waktu live (bersiaran langsung), apa lagi tak kena tak tau lah.

“Jadi, lepas ni minggu depan you tak perlu pergi Gegar Vaganza lagi, duduk rumah je lagi bagus. Tak perlu keluar TV pun nak promosi. Kita dah niaga lama insyaAllah dah banyak pengguna setia,” katanya.

Aliff Syukri sewaktu mempromosikan produknya membabitkan seorang penonton.

Pada masa sama, Nur Shahida turut kesal dengan pihak yang tidak bersimpati dengan nasib pasangan itu yang dihina sehingga menjadi bahan ketawa.

Malah beliau turut memperjelaskan bahawa dirinya dan Aliff berniaga hanya untuk memberi kesenangan buat keluarga mereka.

“Sikit-sikit cakap kaya tapi bodoh, money can’t buy class lah. Kita bukan niaga cari duit nak beli class, nak bagi keluarga senang dan bahagia.

“Dalam pada mengutuk juga, tapi semua pun sibuk semua cari minta sponsor (taja), sumbangan, bantuan, kita kena sedar satu je manusia suka pandang keburukan dan kekhilafan kita, baik kita, langsung tak pernah orang nampak… jadi jomlah kita pindah duduk kampung bela kambing jaga ayam itik lagi bagus,” katanya.

Sumber: mstar

ALIFF SYUKRI BUAT LUAHAN PERASAAN DAN BELIAU SUDAH TIDAK TAHAN

Daripada video di bawah, jelas nampak kesedihan Dato Aliff Syukri. Gara gara teruk dihentam dari semua pihak beliau muat naik 1 video berkenaan isu tersebut.

Video: Dato Alif Syukri Mohon Maaf atas pengunaan ‘Ugly Women’ ketika live konsert Gegar Vaganza

Artikel berkaitan

Saya masih waras: Datuk Aliff Syukri

USAHAWAN kosmetik dan kecantikkan, Datuk Aliff Syukri berkata dia masih mempunyai akal fikiran selepas dikecam segelintir pihak berhubung strategi pemasarannya yang disifatkan keterlaluan.

Dalam pada itu, Aliff Syukri yang juga merupakan penaja utama program realiti TV, Gegar Vaganza musim terbaharu, berkata, dia terbuka untuk menerima teguran secara terus.

“Korang rasa perempuan yang saya solekkan tu orang luar atau team saya? Saya masih waras… apa pun terima kasih @michaelang38 sebab ada otak dan tahu dunia bisnes. Kita taja nak balik modal bukan nak rugi

“Orang yang selalu nak up citer fasal orang lain ni selalunya kurang kerja. Kalau nak tegur pun pm dan wussp kan boleh.

“Syabas kepada mereka yang mengwujudkan pergaduhan dan perbalahan sedangkan anda tidak tahu perkara sebenar, tunggu penjelasan dan jangan sampai malu kat diri sendiri ye doktor,” katanya dengan tanda pagar #biarapaorgkata.

Terdahulu Aliff memuat naik video di IG meluah kekesalannya dengan panjang lebar.

“Saya pun kadang-kadang tak faham la…..asal nama Aliff Syukri bila buat salah sikit terus kena hukum kena maki kena hina.

“Macam lah saya sorang je pendosa kat dunia ni #biarapaorgkata hanya Allah sahaja tahu,” coretnya.

“Kaya tak menjamin adab & kebijaksanaan” – Fazley Yaakob kata cara Aliff Syukri melampau
Diterbitkan: Isnin, 5 November 2018 12:55 PM

Artikel berkaitan: Fazley kurang senang dengan tindakan Aliff mempromosikan produk dengan melabelkan wajah sesorang itu hodoh.

TINDAKAN penaja utama konsert Gegar Vaganza musim kelima (GV5) Datuk Seri Aliff Syukri mahu memberikan produknya kepada seorang wanita yang dilabelkan ‘hodoh’ telah mengundang kemarahan netizen.

Menurut penyanyi Datuk Fazley Yaakob, 40, banyak lagi cara pemasaran yang boleh dilakukan Aliff tanpa perlu menggunakan perkataan keterlaluan yang berbaur perkauman terhadap warna kulit seseorang.

Fazley turut menegur tindakan Aliff meletakkan bedak asas dengan menggunakan tangan pada wajah individu tersebut ketika program itu bersiaran secara langsung.

“Maaf… Terlalu melampau jika sekadar untuk pemasaran. Banyak lagi cara untuk menjual jenama, bukan menggunakan perkataan berbaur perkauman terhadap warna kulit seseorang.

“Melabelkan wajah seseorang sebagai kurang sempurna, apatah lagi meletakkan bedak asas dengan tangan untuk ‘mencantikkan’ seseorang di sebuah program yang begitu ramai pengikutnya,” katanya.

Fazley memuat naik tegurannya untuk Aliff menerusi laman Instagramnya.

Fazley memuat naik tegurannya mengenai cara Aliff mempromosikan produk pemutih pada konsert GV5 minggu keenam yang berlangsung pada malam Ahad itu menerusi laman Instagramnya.

Pengasas produk D’Herbs itu yang diberi kesempatan oleh produksi untuk mempromosikan produk pemutihnya dengan mencari penonton berwajah ‘hodoh’ telah menimbulkan kemarahan netizen.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Asmara ini menganggap penonton yang turut sama ketawa melihat aksi Aliff itu sebagai memalukan.

Kata Fazley, memiliki kekayaan tidak menjamin seseorang itu mempunyai adab dan pemikiran yang bijaksana.

Dia juga meminta Aliff agar membuat permohonan maaf kerana perkara itu melibatkan maruah dan rezeki.

Netizen di laman sosial turut mengecam Aliff.

“Memalukan juga buat penonton yang turut sama ketawa lucu melihatnya. Haih… Apa nak jadi orang-orang kita ya?

“Selaku seorang yang berpengaruh, mohon fikir semula bahawa ramai anak-anak yang menonton, ramai mak ayah yang menonton, ramai manusia yang akan ingat sampai bila-bila.

“Cara pemasaran harus bijak, bukan jumud dan melulu! Kaya tak menjamin adab, kaya juga tak menjamin kebijaksanaan.

“Seeloknya permohonan maaf harus diusahakan, sebelum bara menjadi api besar yang terus menelan maruah dan membakar punca rezeki ‘downliners’ yang turut terkena tempiasnya!” ujarnya.

Bagaimanapun, Aliff sudah membuat permohanan maaf ketika konsert itu bersiaran langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Leave a Comment