RUMAHTANGGA

Pastikan Pesta Oktoberfest Tidak Timbul Masalah Kepada Umat Islam – Mujahid

Susulan laporan bahawa Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad yang membenarkan pengajuran Oktoberfest di ibu negara dengan bersyarat, Menteri di Jabtaan Perdana Menteri, Datuk Dr, Mujahid Yusof Rawa telah memberikan pesanan kepada rakannya itu supaya memastikan penganjuran pesta Oktoberfest di ibu negara, tidak menjadi masalah kepada umat Islam.

Namun, beliau dilaporkan enggan memberikan pandangannya secara khusus terhadap penganjuran pesta berasal dari Jerman itu, tetapi sedang berbincang dengan pihak mufti mengenai perkara tersebut dan turut menggesa umat Islam supaya tidak menyertai pesta terbabit.

Gambar Google
Selain daripada itu, katanya Menteri Wilayah yang akan menguruskan daripada segi perundangan. Beliau yang berhubung rapat dengan YB Khalid memberi pesanan kepada rakannya itu supaya isu ini tidak menjadi masalah kepada umat Islam.

Mujahid berkata demikian kepada sumber ketika ditanya berkenaan pendiriannya terhadap penganjuran Oktoberfest selepas Khalid yang juga Pengarah Komunikasi AMANAH, dilaporkan membenarkan pesta arak itu dianjurkan di ibu negara jika mematuhi syarat ditetapkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Antara syarat itu ialah ia tidak dianjurkan di tempat terbuka serta tidak boleh disertai oleh individu beragama Islam.

Oktoberfest tak sesuai dianjurkan

SHAH ALAM – Program pesta arak Oktoberfest 2018 yang dijadualkan berlangsung esok di ibu negara tidak sesuai diadakan walaupun ia hanya untuk orang bukan Islam.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, ia tidak bertepatan dengan kehendak moral dan majoriti masyarakat di negara ini.

Katanya, ini kerana Islam merupakan agama rasmi negara seperti yang tercatat di dalam perlembagaan negara.

“Sebagai sebuah negara dengan Islam sebagai agama rasmi, penganjuran pesta seperti itu adalah tidak sesuai walaupun ia hanya untuk orang bukan Islam.

“Terserah kepada orang bukan Islam untuk minum minuman keras dan sebagainya kalau dalam agama mereka tidak dihalang, tetapi penganjuran pesta itu adalah satu (yang) boleh mencemarkan nama baik negara memandangkan Islam sebagai agama persekutuan dan agama lain boleh diamalkan secara aman,” katanya kepada Sinar Harian.

Semalam, Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad memberi lampu hijau penganjuran pesta itu jika penganjur membuat permohonan bagi mendapatkan permit dan mematuhi semua garis panduan ditetapkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Katanya, antara garis panduan yang perlu dipatuhi penganjur ialah orang Islam tidak dibenarkan terlibat dan tidak dijalankan di tempat terbuka.

Dalam pada itu, Mohamad Shukri berkata, penganjuran pesta itu dianggap sudah keterlaluan dan menampakkan tiada rasa hormat kepada penganut-penganut Islam.

“Ia seolah-olah ingin mencabar kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.

“Walaupun orang Islam tidak dibenarkan menyertainya, dari segi permuafakatan, orang bukan Islam dan Islam sepatutnya perlu mewujudkan keharmonian dan saling hormat-menghormati,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan bagaimana pesta itu boleh dilakukan secara tertutup.

“Tertutup macam mana kalau dah namanya pesta? Kalau pesta, ia tak jadi tertutup. Tertutup itu barangkali tertutup yang tidak boleh dihadiri orang Islam, tetapi sensitiviti umat Islam seharusnya dipelihara dan diberi rasa hormat kita,” katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Batalkan pesta arak Oktoberfest 2018, esok]

Oktoberfest 2018 yang berasal dari Jerman dikatakan akan diadakan di Mid Valley, Kuala Lumpur, dengan pengisian festival makanan, hiburan, muzik dan arak.

Pada 2017 , penganjur membawa 250 jenama arak berbeza dari 43 syarikat pengusaha arak (breweries) untuk memenuhi citarasa pengunjung.

Penyertaan adalah dari seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Australia, England, Scotland, Belgium, Germany, Denmark, Norway, Japan, Thailand dan Vietnam.

Leave a Comment