BERITA SEMASA

Kecoh di UFC 229: ‘Bukan Khabib saja kena tindakan, McGregor pun kena’

Kecoh di UFC 229: ‘Bukan Khabib saja kena tindakan, McGregor pun kena’

Kedua-dua Khabib dan McGregor dilaporkan akan menghadapi penggantungan dan denda dari suruhanjaya Nevada. – Foto AP

JUARA lightweight UFC dunia, Khabib Nurmagomedov bukanlah satu-satunya individu yang akan dikenakan tindakan disiplin susulan insiden kekecohan pada kejohanan UFC 229, di Las Vegas, Sabtu lalu.

Menurut MMA Fighting, bintang seni beladiri campuran (MMA) Conor McGregor juga bakal berdepan tindakan oleh Suruhanjaya Atletik Nevada (NAC).

Pengerusi NAC Anthony Marnell memaklumkan, keputusan untuk memfailkan aduan terhadap McGregor dibuat setelah mengkaji semula pita rakaman insiden tersebut.

Marnell berkata suruhanjaya itu juga melihat langkah-langkah untuk mengambil tindakan terhadap yang menceroboh gelanggang.

Katanya, pendengaran disiplin itu dijangka diadakan tidak lewat dari akhir November untuk McGregor dan Khabib.

Dalam insiden Sabtu lalu, satu pergaduhan tercetus apabila Khabib tiba-tiba naik angin dan membaling ‘mouthpiece’ ke arah cornerman McGregor.

Dia kemudiannya melompat keluar dari gelanggang dan menyerang salah seorang jurulatih dari pasukan McGregor.

Keadaan menjadi kecoh di dalam dan di luar gelanggang, namun situasi itu mula reda selepas dikawal oleh para pegawai dan pihak sekuriti.

Polis berjaya meleraikan kedua-dua belah pihak, dan akhirnya mengiringi McGregor dan Khabib ke belakang pentas.

Kedua-dua Khabib dan McGregor dilaporkan akan menghadapi penggantungan dan denda dari suruhanjaya Nevada.

Presiden UFC, Dana White juga berkata bahawa Khabib boleh dilucutkan gelaran jika dia digantung untuk tempoh yang panjang.

McGregor pada April lalu pernah ditahan kerana sebuah bas yang dinaiki atlet UFC lain, termasuk Khabib.

Tindakan tersebut menyebabkan tingkap bas tersebut pecah dan beberapa atlet lain cedera.

McGregor, bagaimanapun, mengaku bersalah atas tindakannya itu.

sumber: awani

Berapa juta Khabib bakal raih selepas bertarung dengan McGregor?

Khabib (kanan) dilihat lebih mendominasi pertarungan antara McGregor (kiri). – Foto REUTERS

PENDAPATAN Khabib Nurmagomedov bagi pertarungan dengan Conor McGregor dijangka melangkaui tujuh angka atau lebih daripada AS$10 (RM41.571 juta), jika ditambah dengan kutipan bayaran ‘pay-per-view’ bagi perlawanan itu.

Di Amerika Utara sahaja, lebih daripada 2 juta orang membeli ‘pay-per-view’ dengan harga AS$74 bagi setiap langganan untuk menonton UFC 229, yang turut melibatkan pertarungan Khabib-McGregor.

Jumlah langganan itu mengatasi rekod 1.6 juta pembelian untuk pertarungan McGregor yang lepas.

Kedua-dua pertarung akan berkongsi jumlah kutipan daripada ‘pay-per-view’ itu.

Untuk pertarungan Khabib-McGregor, bintang seni bela diri campuran Rusia itu dibayar AS$2 juta, manakala McGregor, AS$3 juta.

McGregor sebelum ini dikatakan meraih AS$100 juta bagi perlawanan tinju dengan Floyd Mayweather pada Ogos tahun lepas, walaupun tewas selepas sepuluh pusingan.

Pengurus McGregor menjangkakan, anak buahnya bakal meraih AS$50 juta bagi pertarungan menentang Khabib.

McGregor ditundukkan Khabib pada kejohanan UFC 229, menerusi ‘submission’ (kuncian) ‘rear naked choke’ pada minit 3.03 pusingan keempat, untuk meraih rekod kemenangan 27-0.

sumber: awani

Facebook Comments

Leave a Comment