RUMAHTANGGA

Batalkan pesta arak Oktoberfest 2018 esok

PUTRAJAYA – Gerakan Srikandi Malaysia mendesak Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad dan kerajaan untuk menghalang penganjuran pesta arak Oktoberfest 2018 yang akan berlangsung esok.

Peneraju utama Gerakan Srikandi Malaysia, Wan Asshima Kamaruddin berkata, penganjuran acara tahunan Oktoberfest ini akan menyebabkan gejala sosial terus meningkat dan mencemarkan kedudukan agama Islam dan integriti orang Melayu.

“Kami Gerakan Srikandi Malaysia mendesak agar Menteri Wilayah Persekutuan dan menteri-menteri berkaitan untuk mengambil tindakan segera dan sewajarnya supaya gejala sosial tidak akan terus memusnahkan masa depan negara.

“Oktoberfest ini berasal dari Jerman, dan tidak ada kena mengena dengan budaya dan sejarah negara kita, jadi tidak ada kewajaran untuk menyambutnya, kedatangan acara ini ibarat anasir luar yang menganggu gugat dan merosakkan imej Islam,” katanya ketika ditemui di pekarangan Kementerian Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini.

Gerakan Srikandi Malaysia juga turut menyerahkan memorandum bantahan pesta arak 2018 kepada wakil Kementerian Wilayah Persekutuan.

Lebih membimbangkan katanya, festival maksiat ini diadakan di lokasi awam iaitu pusat beli belah Mid Valley yang mudah akses akan menarik minat anak muda Melayu Islam secara amnya.

“Kami mendesak agar penganjur memahami majoriti penduduk di sini Melayu Islam sebanyak 65 peratus dan kedatangan festival ini ternyata menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

“Bahkan dalam poster festival arak ini juga tidak menyatakan sekatan ke atas orang Melayu Islam untuk menyertainya,” ujarnya.

Oktoberfest 2018 yang akan berlangsung esok di Mid Valley dengan pengisian festival makanan, hiburan, muzik dan arak.

Pada tahun 2017 , penganjur membawa 250 jenama arak berbeza dari 43 syarikat pengusaha arak (breweries) untuk memenuhi citarasa pengunjung.

Penyertaan adalah dari seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Australia, England, Scotland, Belgium, Germany, Denmark, Norway, Japan, Thailand dan Vietnam.

SHAH ALAM – Penganjur Oktoberfest , Carlsberg Brewery Malaysia, belum mendapat kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kastam sebagai salah satu syarat pengeluaran permit.

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) akan memberi kelulusan jika penganjur mematuhi garis panduan.

“Kita belum terima kelulusan daripada beberapa agensi. Sebab dalam pesta seperti ini perlu mengikut garis panduan sedia ada.

“Pihak polis dan kastam akan memberikan kelulusan. Kemudian penganjur perlu mematuhi garis panduan dikeluarkan PBT. Jadi, penganjur perlu patuh syarat ditetapkan bagi mendapatkan permit,” katanya selepas mempengerusikan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES).

Ketika ditanya cadangan kerajaan negeri untuk menarik balik penganjuran pesta arak itu, katanya pembatalan tertakluk kepada garis panduan.

“Buat masa ini, penganjur belum memenuhi garis panduan ditetapkan bagi membolehkan PBT mengeluarkan permit kebenaran penganjuran pesta berkenaan.

“Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan pertimbangkan permohonan ini dan ia tertakluk pada kelulusan awal.

“Bagaimanapun, mengenai pemasangan papan iklan haram, tindakan telah diambil untuk gantung lesen syarikat pengiklanan selama tiga bulan,” katanya.

Ditanya mengenai bantahan Pas berhubung pesta arak itu, Mohamed Azmin berkata, keputusan kerajaan negeri mewakili semua pihak berkaitan.

Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Selangor Iskandar Abdul Samad memberitahu, Pas akur dengan keputusan kerajaan negeri.

Dalam perkembangan lain, Mohamed Azmin menjelaskan prosedur pemotongan gaji menteri besar, Adun, Exco, Speaker dan Timbalan Speaker akan diputuskan dalam Dewan Rakyat hari ini.

Difahamkan beliau akan menghantar surat permohonan kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) hari ini bagi memohon kandungan Perjanjian Utama Air dilindungi Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) didedahkan kepada umum.

Leave a Comment