BERITA SEMASA

Akhirnya Ketua Menteri Adly Zahari Beri Respond Tentang YB Yang Tular Sebab Seperti Gengster Dan Ini Sebabnya

Akhirnya Ketua Menteri Adly Zahari Beri Respond Tentang YB Yang Tular Sebab Seperti Gengster Dan Ini Sebabnya

KERAJAAN Melaka kesal dan memohon maaf berhubung isu video ‘naik suara’ membabitkan seorang EXCO kerajaan negeri bersama penduduk di Kampung Pulau Nibong semalam sehingga menjadi tular dan kecaman di media sosial.

Video Penuh Berada Di Bawah

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, pihaknya mengambil maklum kekurangan pengalaman EXCO Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani negeri, Norhizam Hassan Baktee dalam menangani isu itu yang turut dibincangkan dalam mesyuarat EXCO kerajaan negeri, hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Tey Kok Kiew sudah diarahkan untuk melihat kembali permasalahan yang dibangkitkan penduduk kampung terbabit menerusi perbincangan lanjut antara pihak berkuasa tempatan (PBT), penduduk taman dan kampung.

“Sebab itu kerajaan negeri komited untuk membawakan usul penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Melaka (MELCAT) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), November ini.

“Melalui penubuhannya (MELCAT), ia dapat menilai segala amalan membabitkan kecekapan, ketelusan dan kebertanggungjawaban semua penjawat awam, termasuk wakil rakyat, EXCO sehinggalah Ketua Menteri.

“Kita percaya, MELCAT dapat menjadi garis panduan seterusnya meningkatkan kemahiran pengetahuan untuk menyelesaikan segala isu dan permasalahan rakyat,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO di Seri Negeri.

Mengulas mengenai video itu, Adly berkata, Norhizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu adalah antara wakil rakyat yang rajin turun padang mendepani permasalahan rakyat di negeri ini.

“Yang Berhormat ada kesungguhan besar. Cuma dalam isu video ini, penggunaan bahasa yang digunakan tidak sesuai.

“Walaupun dalam provokasi, sebagai pemimpin kita kena tunjuk contoh terbaik termasuk bahasa kita gunakan kepada masyarakat,” katanya.

Video Norhizam bertegang leher terhadap penduduk Kampung Pulau Nibong yang tular di media sosial terus mendapat kecaman daripada netizen kerana disifatkan sebagai tidak profesional dan terlalu beremosi dalam menangani masalah rakyat

Rata-rata netizen tidak berpuashati dengan cara wakil rakyat DAP itu menangani persoalan daripada penduduk Kampung Pulau Nibong yang disifatkan sebagai samseng.

Sidang Media Khas berkenaan isu jalan di Kg Pulau Nibong..

Leave a Comment