PETUA DAN HERBARUMAHTANGGA

Cara-Cara Buat Kulit Karipap Yang Sedap & Kekal Rangup Hingga Ke Malam. Rahsia Resepi yang sangat mudah Dari Seorang ibu muda.

Dalam penghasilan karipap, doh adalah bahagian yang paling penting. Jika kulit karipap tersebut rangup, rapuh dan enak, memang sedaplah kuih tersebut. Tak puas makan! Jadi bagi anda yang nak belajar cara-cara buat kulit karipap yang kekal rangup dalam tempoh masa yang lama, boleh cuba resipi perkongsian saudari Noor Azlina Khalil. Menurut beliau, karipap ini adalah antara yang menjadi kegemaran kawan-kawan serta pelanggan setia beliau. Wow, memang kena cuba!

CARA-CARA BUAT DOH KARIPAP RANGUP

BAHAN-BAHAN:

1kg tepung gandum
1 cawan minyak masak + 2 sudu makan planta (dipanaskan)
2 sudu makan air kapur
1 1/2 sudu teh garam
1 1/2 sudu makan gula
350ml air sejuk (letak seketul ais)
Sedikit daun sup cincang (optional)

CARA MEMASAK:

1. Satukan tepung gandum, gula, garam dan daun sup cincang.

2. Kemudian masukkan minyak, planta yang dah dipanaskan dan air kapur.

3. Kacau bahan-bahan tadi menggunakan senduk. Setelah sedikit sejuk, barulah diramas dengan tangan hingga mendapat tekstur seperti serbuk roti.

4. Seterusnya masukkan air dan uli.

5. Masukkan doh ke dalam plastik dan ramas-ramas tepung dama 10-15 minit. Perap dalam peti sejuk selama 3-4 jam.

6. Kemudian bolehlah dicanai dan diisi inti kegemaran masing-masing. Bentukkan seperti karipap dan goreng hingga masak.

hasilnya :

7. Selamat mencuba!

 

Kredit resipi & foto: Noor Azlina Khalil by rasa.my

Leave a Comment