PETUA DAN HERBA

Khasiat Daun Belalai Gajah atau Sabah Snake Grass (SSG)

Anda mungkin tidak mengetahui tumbuhan hiasan yang selama ini ditanam di kawasan rumah sebenarnya adalah pokok herba yang kaya dengan pelbagai khasiat.Tumbuhan herba adalah sebahagian daripada warisan budaya Melayu kerana khasiatnya mampu menyembuh pelbagai jenis penyakit sejak zaman berzaman.

 

Daun belalai gajah atau Sabah Snake Grass (SSG) misalnya telah lama dikenal pasti mempunyai anti oksidan yang tinggi untuk mengatasi sel-sel kanser dan mengekalkan sel-sel sihat dalam tubuh manusia.

Daun belalai gajah turut dikenali sebagai You Dun Chao atau Clinacanthus Nutans dan tergolong dalam keluarga Acanthaceae

Kajian mendapati bahawa daun ini tidak mengandungi toksik, mempunyai kandungan flavonoid yang tinggi, serta mengandungi pelbagai mineral yang diperlukan oleh tubuh badan, vitamin dan asid amino.

Menurut kajian Jabatan Bioteknologi, Sekolah Teknologi Kesihatan, Universiti Ming Chuan, Taiwan, SSG terbukti sebagai agen anti oksida yang baik. Fungsi anti oksida sebenarnya mengurangkan kesan radikal dalam tubuh badan.

Daun Belalai Gajah juga mampu membantu orang yang mempunyai masalah kesihatan seperti kanser, buah pinggang, radang prostat, kolesterol, tekanan darah tinggi, asid urik tinggi, diabetes, mengurangkan risiko salur darah tersumbat, membuang toksin dalam badan di samping mengurangkan keletihan.

Leave a Comment