PETUA DAN HERBA

Khasiat Arabic Gum@ Al Manna

Arabic Gum@ Getah Arab adalah sejenis produk asli dari resin pokok Akasia yang tumbuh di Sudan.  Di sebelah barat mereka memanggil  Al Manna ini dengan  ” Acacia Powder ”

Di negara Arab ia digelar “Bread from heaven” kerana Arabic Gum atau Al manna ini ada disebut di dalam kitab Al-Quran dalam surah Al-baqarah ayat 57.

Banyak kajian saintifik ke atas Gum Arabic mendapati ia sangat berkesan digunakan sebagai Prebiotik. Satu kajian yang diterbitkan oleh Br.Jour. Nutrition 2008-March, membandingkan keupayaan Gum Arabic dengan Inulin sebagai Prebiotik. Kajian klinikal ke atas manusia yang diberi Gum Arabic 10gm sehari dan Inulin 10gm selama 4 minggu menunjukkan pertambahan bakteria

Bifidobacteria dan Lactobacilli termasuk Bacteroides di dalam kumuhan najis lebih tinggi pada sample Gum Arabic berbanding Inulin. Ini bermakna Gum Arabic adalah Prebiotik semulajadi yang terbaik dan paling mudah untuk Probiotik berkembang. Ia juga tidak merangsang bakteria bukan Probiotik.

Antara kajian yang dijalankan menunjukkan kebaikan Gum Arabic :

#1. Kesan penurunan tekanan darah pada pesakit darah tinggi.

#2. Mengurangkan penghasilan radical oksigen bebas (free oxygen radical)

#3. Meningkatkan paras butyrate dalam serum darah.

#4. Memperbaiki tindakbalas sistem imun tubuh melalui rangsangan kepada sel dendritic didalam lumen usus dan penghasilan cytokine.

#5. Membantu serapan mineral seperti zink, sodium dan calcium.

#6. Menghalang pertumbuhan sel kanser usus dan keradangan (inflammation) usus melalui modifikais angiogenetic factors.

#7. Mengurangkan paras urea dan menambah nitrogen dalam najis kepada pesakit rosak

#8. Kesan penyembuhan kepada pesakit buah pinggang teruk

Kajian klinikal keatas pesakit paediatrik end stage renal failure menunjukkan pesakit dapat mengurangkan kekerapan dialisis dan menjalani kehidupan lebih baik  (Paediatric Nephrology

2004).

 

Sumber: petua.whatta.org

Leave a Comment