PETUA DAN HERBA

Berkumur Dengan Air Kunyit Mampu Cegah dan Atasi Masalah Gigi Berlubang

Pengalaman menderita sakit gigi cukup ‘sengsara’. Hanya yang pernah mengalaminya, yang benar-benar dapat merasai kesengsaraannya. Gusi menjadi bengkak, rasa ngilu dan berdenyut-denyut, sukar untuk mengunyah serta segala rutin harian yang sering dilakukan juga jadi terbatas. Masalah ini boleh diatasi, dengan menggunakan bahan semula jadi iaitu kunyit.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Song J., Dkk. daripada Fakulti Sains Biologi,College of Natural Sciences, Wonkwang University, Korea; menyatakan bahawa kandungan utama kunyit yang bernama kurkumin dapat menghalang pembiakan bakteria yang menjadi punca gigi berlubang. Selain, kunyit juga bermanfaat dalam meningkatkan daya ingatan, menyembuhkan selesema, hidung tersumbat dan sebagainya.

Caranya hanya berkumur dengan larutan air kunyit, sama ada kunyit hidup mahupun kunyit serbuk secara teratur sebagai salah satu alternatif untuk mencegah dan mengatasi pembusukan gigi (gigi berlubang).

Selain itu, pastikan gigi digosok sekurang-kurangnya dua kali sehari setiap pagi dan sebelum tidur.
Periksa tahap kesihatan gigi dengan melakukan pemeriksaan secara berkala setiap 6 bulan sekali.
Selamat mengamalkannya dan selamat mencuba! –

Sumber: utaranews.com

Leave a Comment