ISLAMIK

Amalan Doa Merawat Resdung-Al-Fadhil Ustaz Sharhan Shafie

Cara rawatan resdong cuba amalkan. Al-Fadhil Ustaz Sharhan Shafie memberi doa ini untuk rawatan penyakit resdung. Cukup mudah mengamalkannya.

Cara-caranya:-

#1. Al-Fatihah 1x.

#2. Ayatul Kursi 1x.

#3. Surah Fushshilat, Ayat 44. Firman Allah SWT :

وَلَوْ جَعَلْنَاهُ قُرْآنًا أَعْجَمِيًّا لَقَالُوا لَوْلَا فُصِّلَتْ آيَاتُهُ أَأَعْجَمِيٌّ وَعَرَبِيٌّ قُلْ هُوَ لِلَّذِينَ آمَنُوا هُدًى وَشِفَاءٌ وَالَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ فِي آذَانِهِمْ وَقْرٌ وَهُوَ عَلَيْهِمْ عَمًى أُولَئِكَ يُنَادَوْنَ مِنْ مَكَانٍ بَعِيدٍ (44)

Maksudnya, “Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab? Katakanlah (wahai Muhammad): Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (Al-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar) dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi). Mereka itu (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata).”

#4. Air Dari Kolah Masjid.(air dari kolah yang terbuka yang airnya jatuh kembali kedalamnya semasa mengambil wuduk bukan dari air paip masjid).

Dibasuh muka dan disedut air masuk ke dalam lubang hidung selepas membaca ayat-ayat diatas..

Sumber : http://tanyalahustaz58.blogspot.my

Leave a Comment